Pemain Terbaik Bulanan Liga Malaysia 2016 akan menerima RM1,500

Pemain Terbaik Bulanan Liga Malaysia (Liga M) bakal menerima hadiah wang tunai lebih tinggi musim ini dalam anugerah anjuran Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

Musim lalu, pemain terpilih hanya menerima trofi dan gambar sumbangan All Sports Images and News Agency (asiana.my) dan wang tunai RM500 dari MVP Sports Agency.

Tahun ini, MVP meningkatkan jumlah berkenaan kepada RM1,500 selaras dengan objektif PFAM yang mahu mewujudkan suasana persaingan positif di kalangan pemain di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail, purata 2,000 peminat mengundi setiap bulan menerusi laman www.pfam.my dan dia mensasarkan lebih ramai peminat bola sepak tempatan terbabit dalam pemilihan berkenaan.
Pemain Terbaik Bulanan Liga Malaysia 2016 akan menerima RM1,500

0 comment... add one now