Header Ads

Cristiano Ronaldo kekal pemain bolasepak terkaya di dunia



BIARPUN telah menjangkau usia 30 tahun, Cristiano Ronaldo masih mampu bertahan untuk terus mencipta nama sebagai pemain bola sepak terkaya di dunia dengan kekayaan peribadi mencecah sehingga £152 juta meninggalkan musuh ketatnya, Lionel Messi hanya mencatatkan £145 juta.
Prestasi cemerlang Cristiano pada 2014 menjadi inspirasi kepada kejayaan Real Madrid dalam saingan Liga Juara-juara Eropah dan pada masa sama memenangi anugerah Ballon d'Or.
Kekayaan peribadinya semakin bertambah dan meletakkan jurang yang besar antara pemain Barcelona dan Argentina tersebut.
Difahamkan, Ronaldo dan Messi merupakan pemain terkaya dan mendapat bayaran lebih tinggi berbanding pemain bola sepak professional yang lain, menurut Goal.com Rich List pada Khamis.
Tajaan serta gaji dan bonus menyebabkan mereka menjadi pemain yang memperoleh jumlah bayaran tertinggi dan diikuti oleh Neymar Jr. yang tersenarai di tempat ketiga dalam kekayaan peribadi sebanyak £97.9 juta.
Pemain kelab Perancis, Paris Saint-German (PSG) yang juga merupakan penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic memiliki kekayaan peribadi sebanyak £76.1 juta.
Kedudukan seterusnya diikuti oleh pemain Manchester United, Wayne Rooney yang merupakan pemain Liga Perdana Inggeris menerima gaji tertinggi  dengan kekayaan peribadi mencecah £74.6 juta.
Bagi bintang Brazil, Kaka, pula menghuni tempat keenam dalam senarai tersebut dengan kekayaan sebanyak  £69.6 juta sejak memulakan kariernya bersama kelab Orlando City dalam Major League Soccer diikuti oleh Samuel Eto'o (£63.1 juta), Raul (£61.6 juta) dan Ronaldinho (£ 60,2 juta).
Bekas pemain tengah England, Frank Lampard yang kini mewakili Manchester City memperoleh kekayaan peribadi sebanyak £58 juta.
Manakala, bagi pemain Liga Perdana Inggeris yang lain dalam kelompok 20 teratas adalah Rio Ferdinand (£52.2 juta), Steven Gerrard ( £46.4 juta) dan John Terry (£ 40.6 juta).
Sementara itu, Yaya Toure (£44.9 juta) dan Sergio Aguero (£ 42 juta) merupakan antara pemain Manchester City yang menduduki kelompok 20 pemain bola sepak terkaya di dunia.  

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.