Keputusan Penuh Malaysia vs Kemboja Piala AFF Suzuki 20 November 2016

Akhirnya Malaysia berjaya menamatkan badi enam tahun tanpa kemenangan pada aksi pembukaan Piala AFF Suzuki 2016 apabila skuad Harimau Malaysia menewaskan Kemboja 3-2 di Stadium Thuwunna, Myanmar.

Dalam tiga edisi sebelum ini, skuad bolasepak Malaysia tewas semua perlawanan pembukaan termasuk dimalukan Indonesia 1-5 pada 2010, sebelum tewas 3-0 kepada Singapura tahun 2012 dan terikat tanpa jaringan dengan Myanmar dua tahun lalu.

Keputusan antara Malaysia vs Kemboja sebentar tadi dalam Piala AFF Suzuki 2016 menunjukkan kemenangan tipis dengan 3-2 setelah ketinggalan gol kontroversi setelah pengadil garisan telah mengangkat bendera ofsaid tapi jaringan gol tetap disahkan oleh pengadil perlawanan.

Keputusan Penuh Malaysia vs Kemboja Piala AFF Suzuki 20 November 2016

Keputusan Penuh Malaysia vs Kemboja Piala AFF Suzuki 20 November 2016

MALAYSIA 3 vs 2 KEMBOJA
~Amri Yahyah (2 gol)
~Syazwan Zainon

~ Chan Vathanaka (2 gol)

Semoga kemenangan ini membangkitkan lagi semangat skuad Malaysia untuk menentang pasukan lawan seterusnya dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016.

0 comment... add one now