Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Puskas Fifa 2016

Keputusan Pemenang Anugerah Puskas Fifa 2016 | Siapakah bakal pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016? Adakah Faiz Subri? Marlone? Daniuska Rodriguez? Ketiga-tiga merupakan calon top 3 Anugerah Puskas FIFA 2016. Akhirnya terjawab Faiz Subri dipilih pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016.

Keputusan Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016

Untuk makluman Anugerah Puskas FIFA diberikan kepada penjaring gol yang menjaringkan gol tercantik di dunia. Keputusan pemenang anugerah berprestij ini akan ditentukan berdasarkan undian daripada voting di laman web rasmi Fifa.com.

Anugerah Puskas FIFA 2016 akan dilangsungkan pada jam 1.30 pagi (waktu Malaysia) di Zurich yang akan menentukan siapakah yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016. Malah, dinanti-nantikan juga perebutan pemain terbaik dunia FIFA di antara Christiano Ronaldo, Lionel Messi atau Antoine Griezmann.

Keputusan Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016


Berikut adalah dikongsikan keputusan rasmi pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 :

● Faiz Subri (Malaysia)- PEMENANG

● Marlone (Brazil)

● Daniuska Rodriguez (Venezuela)

Senarai Pemenang Anugerah Puskas FIFA 


2009 : Christiano Ronaldo
2010 : Hamit Altintop
2011 : Neymar
2012 : Miroslav Stoch
2013 : Zlatan Ibrahimovic
2014 : James Rodriguez
2015 : Wendell Lira
2016 : Mohd Faiz Subri

Tahniah diucapkan kepada pemenang dalam Anugerah Puskas FIFA 2016. Semoga dengan kejayaan ini menaikkan semangat lagi dalam arena bolasepak negara.

0 comment... add one now