Header Ads

Analisa Rekod dan Statistik Sarawak vs Kelantan 2017

Mampukah Kelantan kalahkan pasukan Sarawak? Malam 26 April 2017 merupakan pertemuan antara Sarawak vs Kelantan di Stadium Negeri, Sarawak. Mengikut kalendar ia merupakan perlawanan ke-10 Liga Super Malaysia 2017. Untuk menghangatkan lagi perlawanan antara Sarawak vs Kelantan, kami sediakan analisa rekod dan statistik untuk pertemuan kedua-dua pasukan ini sejak tahun 2012.

Analisa Rekod dan Statistik Sarawak vs Kelantan 2017

Analisa Rekod dan Statistik Sarawak vs Kelantan 2017


Daripada 19 pertemuan antara Sarawak vs Kelantan, di mana lebih memihak kepada Kelantan dengan 11 menang, 4 seri, 4 kalah ke atas Sarawak. Manakala Sarawak hanya 4 menang, 4 seri dan 11 kalah. Menurut jangkaan, perlawanan ini memberi saingan yang sengit kerana Sarawak ingin berada di luar zon penyingkiran liga manakaka Kelantan mahu kekalkan momentum di top 5.

Analisa Rekod dan Statistik Sarawak vs Kelantan 2017

Analisa Rekod dan Statistik Sarawak vs Kelantan 2017

Walaubagaimanapun, dengan rekod jaringan gol yang lebih memihak kepada Kelantan, malah dengan kehebatan dan ketajaman penyerang prolifik Kelantan, Mohammed Ghaddar yang kini sudah mencetak 16 gol dalam 9 perlawanan. Sudah tentu, ia memberi kelebihan kepada pasukan Kelantan.

Semoga Kelantan berjaya membawa balik tiga mata di halaman lawan menentang Sarawak pada 26 April ini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.