Header Ads

Bernhadt Buka Mulut Selepas Dipecat Jurulatih Malaysia B23, Apa Reaksinya?

Bernhadt Buka Mulut Selepas Dipecat Jurulatih Malaysia B23, Apa Reaksinya?|Jika dimbas kembali pada 31 Mac 2017 lalu, terpampang wajah Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam poster terbitan badan induk itu pemecatan Frank Bernhardt akan diselesaikan segera. Sehingga ke hari ini, sudah genap 60 hari sejak kenyataan daripada FAM masih jadi tanda tanya pemecatan Bernhardt dan belum ada noktahnya.

Bernhadt Buka Mulut Selepas Dipecat Jurulatih Malaysia B23, Apa Reaksinya?
Bernhardt 

Apabila Bernhardt dipecat sejurus Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih pucuk kepimpinan sebagai Presiden FAM pada 25 Mac lalu, jurulatih berbangsa Jerman itu masih sedang menjalankan tugas dengan skuad projek Sukan SEA di UAE.

Sebelum keputusan diambil, tiada perbincangan atau kata putus antara pengurusan tertinggi FAM dan Bernhardt mengenai statusnya dalam kejurulatihan pemain negara bawah 23-tahun . Kebiasaanya jika seorang jurulatih dipecat sedangkan masih ada baki kontrak, pampasan yang diberikan berjumlah baki kontrak.

Mengikut prinsip biasa, Bernhardt yang dipercayai menerima gaji RM70,000 sebulan, harus dibayar baki kontrak bernilai hampir RM700,000.

Namun Bernhardt seperti tidak berpuas hati dengan mengatakan "urusan saya belum selesai,saya tidak akan teragak-agak membawa kes saya kepada FIFA jika tiada jalan penyelesaian yang dipersetujui bersama. Difahamkan FAM hanya menawarkan pampasan tiga bulan supaya Bernhardt boleh dikirim pulang.

Kredit : Stadiumastro

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.