Nelo Vingada 'The Professor' Jurulatih Baharu Harimau Malaya, Ini Fakta Tentangnya!

Nelo Vingada 'The Professor' Jurulatih Baharu Harimau Malaya, Ini Fakta Tentangnya! |Teka teki siapakah ketua jurulatih Harimau Malaya yang akan mengemudi skuad negara sudah terjawab. Secara rasminya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah bersetuju melantik Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada dari Portugal sebagai ketua jurulatih Malaysia yang diamanahkan untuk membawa pasukan negara keluar daripada kemerosotan bola sepak mulai 25 Mei ini.

Nelo Vingada 'The Professor' Jurulatih Baharu Harimau Malaya, Ini Fakta Tentangnya!

Nelo Vingada atau digelar The Professor telah diberikan tugas pertamanya untuk membawa pasukan kebangsaan menentang Korea Utara di Pyongyang dan juga pertemuan menentang Lubnan dalam kelayakan Piala Asia 2019. Vingada, 64 tahun telah dikenali sebagai seorang jurulatih yang mengamalkan corak kejurulatihan yang serius, bijak dan tegas untuk membuatkan beliau menjadi pilihan terbaik sebagai jurulatih Harimau Malaya.

Fakta Menarik Nelo Vingada Ketua Jurulatih Harimau Malaya 


● Memulakan karier kejurulatihannya sebagai pembantu Carlos Queiroz untuk pasukan Portugal U20
● Menjadi pengurus selama 35 tahun dan aktif sebagai jurulatih di rantau Asia
● Beliau menjadi jurulatih untuk pasukan senior Arab Saudi (1996-1997), pasukan Olimpik Mesir (2004-2005), pasukan kebangsaan Jordan (2007-2009) dan skuad Olimpik Iran (2014)
● Beliau juga mempunyai pengalaman luas dengan beberapa pasukan kelab.

Admin celotehsukan ucapkan selamat maju jaya buat Nelo Vengada dalam skuad Malaysia.

0 comment... add one now