Header Ads

Previu Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah : Pahang Underdog, Kedah Pilihan Juara!

Previu Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah : Pahang Underdog, Kedah Pilihan Juara!|Di mana pasukan yang bakal menjulang Piala FA 2017? Adakah akan menjadi milik Pahang atau pun Kedah? Jika dilihat kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan tersendiri dimana kedua-dua pasukan 50-50 terbuka untuk menjuarai Piala FA 2017.

Previu Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah : Pahang Underdog, Kedah Pilihan Juara!
Kredit foto kedahfa.my 

Kalau diimbas pasukan Kedah adalah penyandang juara Piala Malaysia 2016 yang berjaya mengalahkan pasukan JDT menerusi shoot-out. Adakah Kedah menjadi pilihan untuk merebut semula Piala FA dari JDT penyandang juara piala sebelum ini... Kelebihan ini kepada skuad Helang Merah kerana memiliki pemain yang sama dibentuk oleh Tan Cheng Hoe sejak tahun 2014 lagi.

Dibandingkan pula pasukan Pahang yang dianggap underdog dalam perlawanan akhir ini kerana pasukan yang baru dibentuk di bawah kendalian, Dollah Salleh masih membina pasukan yang ideal untuk Liga Malaysia musim 2017. Mengikut daripada Liga Super 2017, kedua-dua pasukan mempunyai persamaan di mana Pahang kini menghuni tangga ke-2 manakala pasukan Kedah berada di kedudukan ke-3.

Namun begitu, skuad Helang Merah masih terasa dengan pemergian Tan Cheng Hoe yang telah menyahut seruan untuk menjadi penolong jurulatih Malaysia. Dengan ketiadaan beliau, telah diambil alih oleh pembantunya iaitu Nidzam Adzha Yusoff yang kini mengemudi pasukan Kedah dan telah membawa ke pentas akhir Piala FA 2017.

Siapakah pemain yang akan bermain pentas akhir Piala FA 2017...?


Antara Kedah atau Pahang?
...

Kedah dan Pahang dijangka akan meletakkan pemain kesebelahan utama yang terdiri iaitu Liridon Krasniqi, Baddrol Bakhtiar, Ken Ilso dan Sandro manakala Pahang terdiri Matheus Alves, Matthew Davies, Sumareh dan Kiko Insa.

Dollah Salleh dijangka memasukkan pemain import baharu mereka iaitu Yamil Romero dari Boca Juniors yang telah menggantikan Bright Yike yang ditamatkan kontrak minggu ini. Kehadiran Romero akan membantu di jentera serangan bersama Mattheus dan Sumareh.

Perhatikan pemain watak yang penting antara dua-dua pasukan...

Liridon Krasniqi - Kedah 

Previu Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah : Pahang Underdog, Kedah Pilihan Juara!

Pemain dari Kosovo ini telah memainkan peranan cukup penting untuk pasukan Kedah musim ini dengan keupayaannya untuk mengawal tempo permainan, skill yang menarik dan banyak mengendalikan jentera tengah. Dijangka Liridon akan terus dominan mengawal bahagian tengah yang turut dibantu oleh Halim Shaari, Amirul atau Sandro.

Mattheus Alves - Pahang 

Previu Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah : Pahang Underdog, Kedah Pilihan Juara!

Penyerang dari Brazil ini berada dalam prestasi cemerlang musim ini dan telah menjadi ancaman setiap kali beliau beraksi di atas padang ketika bertemu lawan. Tambahan pula, Mattheus adalah penjaring gol kedua terbanyak Liga Super musim 2017 yang banyak dibantu oleh Sumareh dan dijangka Romero.

Nantikan perlawanan ini antara Pahang vs Kedah di Stadium Shah Alam pada 20 Mei 2017 jam 8.30 malam.

Ramalan Pemain Utama 


Kedah : Ifwat - Rizal - Khairul - Syawal - Fitri - Liridon - Baddrol - Sandro - Syafiq - Farhan - Ken

Pahang : Wan Azraei - Davies - Won Hoe - Afif - Naharulnizam - Syamim - Azam - Alves - Sumareh - Romero

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.