Header Ads

Rayuan AFC Diterima, Penggantungan Farizal Marlias Hanya 8 Bulan Sahaja!

AFC Diterima, Penggantungan Farizal Marlias Hanya 8 Bulan Sahaja!|Jika sebelum ini kita ketahui penjaga gol utama pasukan JDT, Farizal Marlias telah dikenakan hukuman pergantungan perlawanan dari pihak AFC atas tindakannya melawan pengadil terbabit. Hasil tindakan beliau tersebut menyebabkan Farizal dihukum selama setahun daripada beraksi di Liga Malaysia 2017 dan AFC Cup.

AFC Diterima, Penggantungan Farizal Marlias hanya 8 Bulan Sahaja!

Hukuman yang dikenakan ke atas Farizal bermula pada 9 Jun 2017 hingga 9 Jun 2018 pada asalnya telah dikurangkan kepada 8 bulan sahaja selepas pihak JDT termasuklah Farizal mengemukakan rayuan dan pihak AFC menerima rayuan tersebut. Kini tempoh penggantunggan beliau telah dipendekkan sehingga tarikh 9 Februari 2018.

Walaubagaimanapun, pihak AFC tetap memberi peringatan kepada Farizal, dimana beliau tidak boleh menerima kad merah selama dalam tempoh 4 bulan sehingga 9 Jun 2018 maka penggantunggannya tetap diteruskan automatik. Semoga ia memberi khabar gembira kepada pasukan JDT di Liga Malaysia tahun hadapan.

Sumber

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.