Header Ads

TMJ Tidak Rasa Sakit Hati Dengan Chant Ultras Malaya, Tetapi Mahu Jumpa Budak Topi Merah?

Menerusi FB live sesi dialog bersama DYAM Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Bolasepak Malaysia FAM semalam, baginda memberi kenyataan bahawa Ultras Malaya menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dengan menyanyikan lagu 'FAM Bangsat' bergema di Stadium Hong Kong selepas skuad negara kecundang 2-0 dengan pasukan Hong Kong. Nyanyian Ultras tersebut turut menarik perhatian TMJ dan mendengar chant tersebut namun baginda tidak ambil hati.

TMJ Tidak Rasa Sakit Hati Dengan Chant Ultras Malaya, Tetapi Mahu Jumpa Budak Topi Merah?

Ini kata TMJ :

“Macam semalam, Ultras Malaya mula menyanyikan lagu FAM bangsat. It’s ok, no problem!”

“Saya pun nyanyi benda tu juga dulu. Tiada masalah, tak ada ambil hati punya.”

“Semua orang mahukan kejayaan, semua orang mahukan kemenangan. Dan kita akan cuba mendapatkan keputusan yang baik. Cuma buat masa ini, kita tak mampu memberikan anda keputusan yang baik.”

“Tiada masalah untuk kecewa. Tak ada rasa sakit hati. Kita semua profesional. Jadi, apabila orang nyanyi FAM Bangsat, kadangkala saya ikut juga.”

Namun di akhir sesi yang menarikkan perhatian adalah TMJ bercadang untuk berjumpa dengan budak topi merah Ultras Malaya. Siapakah budak topi merah Ultras?

“Yang budak topi merah tu, aku nak jumpa dia. Aku nak jumpa dia, budak topi merah tu.”

TMJ Tidak Rasa Sakit Hati Dengan Chant Ultras Malaya, Tetapi Mahu Jumpa Budak Topi Merah?
Kredit gambar : semuanyabola 

“Ni guarantee, tak dapat duit tambang pergi Hong Kong, tu yang dia bangsatkan FAM. Cuba dapat duit tambang, tengok dia bangsatkan ke tak?”

“Kalau handal sangat, kita patut berjumpa. Kita boleh bercakaplah. Kita manusia bukannya binatang, nak makan antara satu sama lain.”

“Nasihat saya kepada diorang, teruskanlah nyanyi lagi tu, tiada masalah!” Sambil berseloroh baginda berkata:

“Apabila anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh!”

Akhir kata, majulah sukan untuk negara!

Kredit : semuanyabola

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.