Header Ads

JDT Sah Wakil Tunggal Beraksi Piala AFC 2018, Pahang Tetap Tolak Tawaran!

JDT Sah Wakil Tunggal Beraksi Piala AFC 2018, Pahang Tetap Tolak Tawaran | Jika sebelum ini pihak pengurusan Pahang telah menolak untuk menyertai kejohanan Piala AFC 2018 bagi menggantikan pasukan Kedah yang tidak mendapat lesen AFC. Hari ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan naib juara Liga Super 2017, Pahang secara rasminya tidak akan mewakili Malaysia untuk pertandingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018.

JDT Sah Wakil Tunggal Beraksi AFC 2018, Pahang Tetap Tolak Tawaran

Ini kerana Pahang sehingga tarikh tutup yang ditetapkan pada 30 November 2017 tidak menerima sebarang surat balasan atau maklum balas daripad Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk menyertainya. 

Menurut dari AFC sekiranya pasukan Pahang menolak dari menyertai dalam kejohanan ini secara automatik slot itu terbatal dan tidak boleh diberikan kepada pasukan tempatan lain. Hal ini kerana mereka adalah pasukan yang layak untuk beraksi dalam kejohanan Asia itu.

Oleh itu, pasukan Johor Darul Takzim wakil tunggal negara satu-satunya yang akan beraksi perlawanan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2018 dan jika JDT gagal melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan, secara automatik JDT mara ke peringkat kumpulan AFC Cup 2018.

Sumber : FAM 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.