Header Ads

Jadual Sukan Asia 2018 Jakarta Palembang

Jadual Sukan Asia 2018 Jakarta Palembang | Bilakah kejohanan Sukan Asia 2018 akan berlangsung? Kejohanan Sukan Asia 2018 akan bermula daripada 18 Ogos hingga 2 September 2018 di Jakarta Palembang, Indonesia. Edisi sebelum ini, Incheon telah dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Asia 2018. Untuk makluman, terdapat 462 acara yang akan dipertandingkan daripada 40 sukan dalam Sukan Asia di Indonesia. Berikut senarai lengkap jadual perlawanan Sukan Asia 2018.

Jadual Sukan Asia 2018 Jakarta Palembang

Sukan Asia 2018 atau juga dikenali sebagai 2018 Asian Games adalah merupakan Sukan Asia edisi ke-18 yang dijadualkan berlangsung di bandar raya Indonesia iaitu Jakarta dan Palembang. Edisi lalu, kontinjen negara berjaya membawa balik 5 pingat emas daripada 277 atlet yang dihantar untuk menyertai temasya Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan. Mampukah kontinjen Malaysia melakar kejayaan lebih besar di Jakarta Palembang?


Jadual Sukan Asia 2018 Jakarta Palembang 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jadual Sukan Asia 2018 yang melibatkan penyertaan sukan daripada kontinjen Malaysia :

Tuan Rumah : Jakarta Palembang, Indonesia
Venue Utama : Stadium Gelora Bung Karno
Tarikh : 18 Ogos - 2 September 2018
Maskot : Bhin Bhin, Atung & Kaka
Acara Sukan : 35 daripada 40 acara
Jumlah Atlet Malaysia : 426
Laman Web : http://www.asiangames2018.id/


Jadual Penuh Sukan Asia 2018 Indonesia 


Badminton
- 19 hingga 28 Ogos 2018

Gimnastik Artistik
- 20 hingga 24 Ogos 2018

Olahraga
- 25 hingga 30 Ogos 2018

Tinju
- 24 Ogos hingga 2 September 2018

Berbasikal Bukit
- 20 hingga 21 Ogos 2018

Berbasikal Lebuh Raya
- 22 hingga 24 Ogos 2018

Berbasikal Trek
- 27 hingga 31 Ogos 2018

Terjun
- 28 Ogos hingga 1 September 2018

Hoki Padang
- 19 Ogos hingga 2 September 2018

Sepak Raga
- 19 Ogos hingga 2 September 2018

Bolasepak
- 14 Ogos hingga 2 September 2018

Boling
- 22 hingga 27 Ogos 2018

Gimnastik Artistik
- 20 hingga 24 Ogos 2018

Rugbi 7 Sebelah
- 30 Ogos hingga 2 September 2018

Menembak
- 19 hingga 26 Ogos 2018

Skuasy
- 23 Ogos hingga 2 September 2018

Taekwondo
- 19 hingga 23 Ogos 2018

Karate
- 25 hingga 27 Ogos 2018

Berenang
- 19 hingga 24 Ogos 2018

Ping Pong
- 19 hingga 25 Ogos 2018

Triathlon
- 31 Ogos hingga 2 September 2018

Angkat Berat
- 20 hingga 27 Ogos 2018


Semoga perkongsian tentang jadual Sukan Asia 2018 ini dapat dijadikan rujukan buat peminat sukan di Malaysia. Selamat maju jaya kepada kontinjen negara dalam temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.