Mr. Langkawi, Andrea Guardini pendahulu dalam peringkat pertama LTDL 2016

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah (kiri)

Tak asing lagi di mana pelumba Astana, Andrea Guardini berjaya menamatkan pelumbaan di tempat pertama dalam peringkat pertama Le tour de Langkawi 2016 yang bermula dari Kangar sehingga ke Baling, Kedah.

Guardini yang diberi jolokan "Mr. Langkawi" menamatkan pelumbaan itu sejauh 166.6 km dalam masa 4 jam 15 minit 57 saat. Sekaligus beliau berjaya menyarung jersi kuning(pendahulu keseluruhan) dan juga jersi biru kehijauan( Raja Pecut).

Podium kedua dihuni pelumba veteran Brenton Jones dari Drapac Professional Cycling diikuti raja pecut Malaysia Jelajah Malaysia 2015, Andrea Palini (Skydive Dubai Pro Cycling Team).

Sementara itu, pelumba tempatan yang menduduki tempat yang terbaik adalah pelumba pecut TSG, Harrif Salleh berjaya menamatkan tempat ke-10. Dalam peringkat kedua pula, bermula dari Sungai Petani dan berakhir di Georgetown sejauh 158.1 km.







0 comment... add one now