Header Ads

Undi Faiz Subri Top 3 FIFA Puskas Award 2016

Siapa yang bakal memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016? Adakah Faiz Subri, Marlone atau pun Daniuska Rodriguez? Sudahkah anda telah undi Faiz Subri? Jawapannya bakal terjawab nanti apabila 11 Januari 2017 akan mengumumkan pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Swizerland.

Undi Faiz Subri Top 3 FIFA Puskas Award 2016

Bermakna ini kejayaan terbesar buat pemain Malaysia, Mohd Faiz Subri telah tercalon dalam top 3 calon akhir Anugerah Puskas FIFA 2016. Sekaligus mencipta sejarah buat pertama kali pemain dari Asia telah disenarai 3 pemain penjaring gol terbaik dalam FIFA Puskas Award 2016.

Bukan itu saja, Faiz Subri juga telah berjaya menyingkirkan pemain bintang dunia iaitu Lionel Messi dan Neymar yang turut berada dalam top 10 Puskas Award FIFA 2016. Dua calon yang lain yang tersenarai dalam top 3 best goals adalah Marlone, pemain Brazil dan Daniuska Rodriguez merupakan pemain wanita dari Venezuala.

Undi Faiz Subri Top 3 FIFA Puskas Award 2016

Jika anda rasa Faiz Subri layak merangkul trofi Anugerah Puskas FIFA 2016, jom ramai-ramai rakyat Malaysia termasuk orang Asia undilah Faiz sebelum 9 Januari 2017. Boleh anda klik link ini VOTE PUSKAS AWARD FIFA 2016.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.