Header Ads

Gol Sumareh Ranapkan Impian JDT Untuk Pertahankan Piala FA Malaysia

Aksi perlawanan antara JDT vs Pahang di Larkin adalah sangat terbaik dalam misi mengejar slot ke Separuh Akhir Piala FA 2017. JDT berpeluang untuk memenangi malam ini apabila separuh masa pertama berjaya mendahului dengan 2-0 ke atas Pahang. Hasilnya diminit ke-6 apabila Cabrera berjaya menyumbat gol hasil umpanan Safiq Rahim.

 JDT Untuk Pertahankan Piala FA Malaysia Ranap Selepas Jaringan Sumareh

Gol pertama itu ternyata memberi semangat buat pemain JDT untuk memperoleh gol kedua di mana Gabi Guerra dengan tenang menjaringkan gol kedua pada minit ke-22 hasil hantaran cantik dari Azrif Nasrulhaq. Separuh kedua bermula, JDT masih dominan mengawal keseluruhan padang namun Pahang berjaya mengasak bertali arus ke gawang gol yang dikawal baik oleh Izham Tarmizi.

Memasuki minit-minit akhir, Mahmodou Sumareh berjaya mengambil peluang di mana selesa menanduk hasil hantaran lambung kepadanya pada minit ke-86. Keputusan berakhir JDT 2-1 Pahang namun JDT teta tewas kerana Pahang menang agregat 4-3 hasil kemenangan 3-1 di Stadium Darul Makmur.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.