Header Ads

Kenali Danial Ashraf Bintang Muda The Red Warriors

Kenali Danial Ashraf Bintang Muda The Red Warriors |Anda kenal siapakah Danial Ashraf? Muhammad Danial Ashraf Abdullah atau dikenali sebagai Danial Ashraf adalah pemain muda pasukan Kelantan FA dalam saingan Liga Super Malaysia 2017. Danial Ashraf memulakan kariernya bersama skuad Kelantan FA U19 sebagai seorang penyerang pada tahun 2014, di mana berjaya membantu pasukannya memenangi Piala Belia 2014 dan turut menjaringkan gol dalam perlawanan akhir tersebut.

Kenali Danial Ashraf Bintang Muda The Red Warriors

Pada tahun 2015, Danial Ashraf telah dipinjamkan oleh Harimau Muda C sebelum projek itu dibatalkan dan beliau beralih semula ke pasukan lamanya Kelantan FA U19. Kemudian, Danial Ashraf dinaikkan pangkat ke pasukan Kelantan FA U21 dan juga telah membantu pasukannya memenangi Piala Presiden 2016. Malah, Danial Ashraf telah dinobatkan penjaring terbanyak dengan jaringan 19 gol dalam Piala Presiden 2016.

Kenali Danial Ashraf Bintang Muda The Red Warriors 


Kenali Danial Ashraf Bintang Muda The Red Warriors

Pada tahun 2017, beliau diberi kepercayaan oleh jurulatih Kelantan FA, Zahasmi Ismail untuk diserapkan dalam skuad senior kerana aksi konsistennya dan memiliki bakat yang hebat walaupun masih muda. Buktinya? Danial Ashraf juga menjaringkan gol pertama ketika beraksi cemerlang bersama Mohammed Ghaddar dengan mengalahkan Pulau Pinang dengan jaringan 5-1.

Sumber : wikipedia

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.