Header Ads

VIDEO : Mora Kecewa Pengadil Tidak Berikan Penalti Kepada JDT!

VIDEO : Mora Kecewa Pengadil Tidak Berikan Penalti Kepada JDT! | Selepas perlawanan antara JDT vs Pahang yang berkesudahan tidak berpihak kepada JDT susulan kekalahan dengan agregat 4-3. Keputusan itu membuatkan JDT terlepas satu genggaman Piala FA 2017 selepas tewas kepada Pahang. Nampaknya di raut wajah Benjamin Mora pengendali pasukan JDT sungguh kecewa dan rasa tidak puas hati dengan tindakan pengadil yang tidak memberi sepakan penalti kepada JDT.

VIDEO : Mora Kecewa Pengadil Tidak Berikan Penalti Kepada JDT!

Mora kecewa kerana penalti jelas tidak diberikan dan mahu pengadil harus menghormati peraturan, Mora turut menganggap ia satu keputusan tidak adil. Ini respon balas Benjamin Mora susulan kekalahan pasukan gergasi dari Malaysia.

"Saya kecewa kerana ia sangat jelas reff lihat kita bermain dengan jelas dan dekat, separuh masa pertama kita ada satu dengan Gonzalo dan mungkin jauh ia adalah terlalu jauh untuk saya memberitahu jika itu adalah penalti. Saya harus tengok video pengulangan tetapi kedua foul sangat jelas.

"Terdapat banyak foul dimana sahaja yang anda mahu tengok, saya rasa pengadil tidak buat keputusan dengan sahaja dan mungkin kekurangan kapasiti, itu bagus saya menghormati pengadil tetapi pengadil perlu menghormati pemain, menghormati pasukan, menghormati peraturan dan menghormati apa semua apa yang terjadi di atas padang , mereka perlu menaiktaraf sehingga berada tahap yang sama dalam permainan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.