Header Ads

4 Pemain Kelantan Dipancing Ke Pasukan Lain!

4 Pemain Kelantan Dipancing Ke Pasukan Lain! |Selepas isu membabitkan perpindahan pemain import prolifik Mohammed Ghaddar yang terus kekal bersama Kelantan, khabar angin mengenai kemungkinan Indra Putra Mahayudin meninggalkan skuad The Red Warriors pada jendela perpindahan kedua 15 Mei ini. Difahamkan pasukan yang ingin melamar Indra Putra telah memberi lampu hijau untuk pemain berusia 36 tahun itu berhijrah dengan pasukan baru tersebut.

4 Pemain Kelantan Dipancing Ke Pasukan Lain!

Selain Indra Putra, dua pemain pertahanan skuad TRW iaitu Mohd Qayyum Marjoni Sabil dan Nik Shahrul Azim Abdul Halim turut dalam radar pasukan lain untuk perpindahan akan datang ini ke Liga Super 2017. Ura-ura perpindahan Mohammed Ghaddar nampaknya dia akan terus kekal bersama skuad TRW untuk penghujung musim ini.

Benarkah ketiga-tiga pemain utama TRW ini akan meninggalkan Kelantan...??

Susulan itu, Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor telah menafikan khabar angin berhubung ketiga-tiga pemain itu ke pasukan lain.

Sumber

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.