Header Ads

Top Scorer Liga Lubnan, Abou Bakr El Mal Bakal Sertai Kelantan!

Top Scorer Liga Lubnan, Abou Bakr El Mal Bakal Sertai Kelantan! |Selepas penghijrahan Mohammed Ghaddar ke JDT pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia, ura-ura kemasukan Khairul Amri ke Kelantan hanyalah khabar angin. Namun menerusi akaun Twitter LebanonFG iaitu sebuah laman bolasepak negara berkenaan menyatakan penjaring terbanyak Liga Lubnan musim 2017, Abou Bakr El Mal dikatakan bakal menyarung jersi Kelantan.

Top Scorer Liga Lubnan, Abou Bakr El Mal Bakal Sertai Kelantan!

Dalam akaun Twitter tersebut menulis ;

"To My New Team Kelantan" - bako_77

Jika benar ini bermakna KAFA lagi sekali memilih pemain dari Lubnan selepas menjual Ghaddar kepada Johor Darul Tazim dengan nilai perpindahan yang dikatakan paling tinggi di Malaysia. Setakat ini, tiada maklumat rasmi dari KAFA yang memaklumkan akan pemain ini.

Admin berharap KAFA dapat mencari pemain yang terbaik untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Mohammed Ghaddar.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.