Header Ads

Ulasan Kedah vs Terengganu Semifinal Piala FA 2017 - Penyudah Tumpul!

Ulasan perlawanan antara Kedah vs Terengganu dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA 2017 di mana keputusan berakhir memihak kepada Kedah dengan menang tipis 1-0 ke atas Terengganu. Apa yang menariknya pasukan Kedah berjaya melakar kemenangan di halaman sendiri walaupun sedar baru kehilangan jurulatih kesayangan mereka, Tan Cheng Hoe telah melepaskan jawatan sehari sebelum perlawanan ini berlangsung untuk memikul tanggungjawab sebagai pembantu jurulatih pasukan kebangsaan di bawah kendalian Mario Gomez.

Ulasan Kedah vs Terengganu Semifinal Piala FA 2017 - Penyudah Tumpul!

Ulasan Kedah vs Terengganu Semifinal Piala FA 2017 - Penyudah Tumpul!

1. Jurulatih Baru Kedah Pengganti Tan Cheng Hoe 


Sebenarnya perlawanan ini adalah ujian getir buat pengendali baru skuad Helang Merah, pembantu jurulatih Tan Cheng Hoe iaitu Mohd Nidzam Adzha Yusoff yang berjaya memikul tanggungjawab dengan baik pada perlawanan antara Kedah vs Terengganu. Jika dilihat Mohd Nidzam masih mengekalkan corak permainan dan taktikal yang dibawa oleh Tan Cheng Hoe, di mana masih mengekalkan jentera serangan yang sama.

2. Si Kebal Rizal Ghazali Digantung Perlawanan 

Ulasan Kedah vs Terengganu Semifinal Piala FA 2017 - Penyudah Tumpul!

Walaupun ketiadaan Rizal Ghazali di bahagian bek kanan yang digantung perlawanan akibat tindakbalas kekasarannya terhadap pemain T-Team pada perlawanan tempoh hari. Nampaknya posisinya yang diambilalih oleh Akram Mahinan berjaya menggalas tanggungjawab dengan baik. Bagaimanapun, bahagian bek sebelah kanan agak pincang sedikit dengan diasak beberapa kali. 

Tambahan pula, Halim Saari terpaksa ditukarkan pada minit 24 membuatkan pertukaran pemain dengan menggantikan Syawal Nordin untuk bermain di bahagian yang dipikul oleh Akram Mahinan.

3. Penyudah Tumpul Walaupun 12 Shot On Goal 


Kedah bermula garang pada 15 minit awal dengan memberi asakan yang berterusan ke gawang gol Terengganu. Ada beberapa percubaan berbahaya yang boleh mendatangkan gol buat pasukan Kedah. Malah, penyerang tunggal Lang Merah, Ken Ilso juga memiliki banyak percubaan tetapi agak tumpul untuk menghasilkan gol dan juga beberapa pemain yang lain di bahagian serangan Kedah. Agak tumpul! Menurut statistik perlawanan, Kedah berjaya mencipta peluang gol tepat sebanyak 12 tetapi hanya menjaringkan 1 gol sahaja. 

4. Super Sub Penjaring Gol Buat Kedah 


Tidak dinafikan lagi pemain sayap Kedah, Farhan Roslan yang digelar Messi Kedah berjaya menyempurnakan tugasannya di mana berjaya meledak satu gol dalam minit 72 apabila baru saja menggantikan Sandro Mendolca dalam 2 minit. Jika diimbas semula, kebanyakkannya Farhan Roslan banyak habiskan masa di bangku simpanan lagi di mana setiap kali ditukarkan, beliau akan cuba mencipta satu keajaiban buat pasukan Kedah. Lihat hasilnya perlawanan antara Kedah dengan Terengganu malam ini.

5. Keputusan Memihak Kepada Kedah 


Jika diteliti, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang berkualiti di mana pasukan Terengganu pun tidak gentar mengasak ke pintu gol Kedah walaupun dipenuhi oleh lautan penyokong Lang Merah. Tapi, keputusan itu telah memihak kepada Kedah di mana berjaya mencipta gol pada 20 minit terakhir. Mampukah Terengganu membalas semula di halaman mereka? Masihkah mampu Kedah mengekalkan rekod 1 jaringan di separuh akhir kedua 13 Mei ini?

Jangan lupa saksikan perlawanan antara Terengganu vs Kedah aksi separuh akhir kedua Piala FA 2017 di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah pada 13 Mei nanti.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.