Header Ads

Ulasan Penuh Perlawanan: Ghaddar Ranapkan Impian Skuad Tok Gajah Mengejar JDT!

Ulasan Penuh Perlawanan: Ghaddar Ranapkan Impian Skuad Tok Gajah Mengejar JDT! |Aksi menarik antara Pahang menentang Kelantan menyaksikan skuad bimbingan Hasmizan Ismail berada di potensi tersendiri di mana anak buahnya berjaya meranapkan impian skuad Tok Gajah untuk mengutip tiga mata di halaman sendiri.

Ulasan Penuh Perlawanan: Ghaddar Ranapkan Impian Skuad Tok Gajah Mengejar JDT!

Penyerang import sensasi pasukan Kelantan, Mohammed Ghaddar adalah watak penting untuk mengecewakan pasukan Pahang, dimana beliau berjaya meledak dua gol pada minit 72 dan 78. Pada minit awal lagi, menyaksikan TRW nyaris mencemaskan gawang gol Tok Gajah, tapi cubaan penjaring gol terbanyak tersebut terlebih dulu ofsaid pada minit ke-3.

Ulasan Penuh Perlawanan: Ghaddar Ranapkan Impian Skuad Tok Gajah Mengejar JDT!

Dua minit selepas itu, giliran pemain tengah Pahang Wan Zaharulnizam Wan Zakaria mendapat peluang namun percubaanya tersasar ke gawang gol. Jika dilihat Pahang lebih mengasak selepas itu. Sebaliknya, pemain Pahang tersentak dengan jaringan cantik sepakan gunting dari Alessandro Celin berjaya menewaskan penjaga gol Tok Gajah, Wan Azraei pada minit ke-17.

Ulasan Penuh Perlawanan: Ghaddar Ranapkan Impian Skuad Tok Gajah Mengejar JDT!

Jentera serangan mengatur beberapa gerakan namun penyudah tumpul dan babak pertama berakhir dengan pelawat mendahului 1 gol hasil jaringan Celin.

Bersambung babak kedua, nenyaksikan skuad kendalian Dollah Salleh terus membuat asakan berterusan ke gawang gol Kelantan, dimana kecekapan penjaga pelawat Mohamad Ramdhan Ab Hamid berjaya menepis beberapa percubaan berbahaya dari Wan Zaharulnizam dan Joseph Kalang Tie.

Akhirnya, tuan rumah berjaya meledak satu jaringan dari Matheus Alves menewaskan penjaga gol Kelantan pada minit ke-69. Selepas itu, Ghaddar membantu Kelantan mendahului 2-1 dengan jaringannya pada minit ke-72 dan Matheus Alves membuat kejutan kepada Kelantan pada minit ke-79.

Ulasan Penuh Perlawanan: Ghaddar Ranapkan Impian Skuad Tok Gajah Mengejar JDT!

Selang dua minit, Kelantan berjaya menjaringkan gol dengan jaringan Mohammed Ghaddar. Akhirnya berkesudahan 3-2 memihak kepada Kelantan dan ini merupakan kekalahan pertama Pahang di gelanggang sendiri.

Sumber
Kredit gambar trwfc official, utusan

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.