Header Ads

Video : Sepakan Gunting Cantik Alessandro Celin Bantu Kelantan Menang Ke Atas Pahang!

Video : Sepakan Gunting Cantik Alessandro Celin Bantu Kelantan Menang Ke Atas Pahang! |Pasti anda penyokong bolasepak kurang kenali siapakah Alessandro Celin? Mungkin Celin kurang dikenali kerana pemain ini selalu ditimpa kecederaan yang mengakibatkan beliau tersisih daripada perlawanan bersama Kelantan. Namanya tak segah Mohammed Ghaddar yang telah mencetak 16 gol 11 perlawanan.

Video : Sepakan Gunting Cantik Alessandro Celin Bantu Kelantan Menang Ke Atas Pahang!

Susulan kecederaan yang selalu menimpakan yang menyebabkan kerugian kepada skuad The Red Warriors. KAFA telah mengambil inisiatif untuk menggantikan Celin dengan Sanna Nyassi dari Gambia. Tetapi malam ini, Celin telah membuktikan kepada penyokong Kelantan dan KAFA bahawa pemain ini masih berbisa di hadapan gol lawan.

Perlawanan antara Kelantan vs Pahang yang berkesudahan telah memihak kepada Kelantan 3-2. Apa yang membanggakan, Celin berjaya menyumbat satu gol dengan menghasilkan gol sepakan gunting sangat cantik dan dianggap berkelas dunia. Sudah pasti ini memberi kesukaran kepada Tan Sri Anuar Musa sama ada nak kekalkan atau tukarkan dengan Sanna Nyassi.

Apa kesudahannya kita tengok perpindahan akan datang ini.... Jom lihat video sepakan gunting cantik dari Alessandro Celin.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.