Header Ads

AFC Sah Gantung Farizal Marlias Selama 12 Bulan, Denda $USD40k, Turut Didenda Mora RM30k!

AFC Sah Gantung Farizal Marlias Selama 12 Bulan, Denda $USD40k, Turut Didenda Mora RM30k!|Teka teki keputusan yang bakal dikenakan ke atas penjaga gol Johor Darul Tazim, Farizal Marlias akhirnya terjawab dimana AFC gantung Farizal selama 12 bulan dan denda sebanyak USD40,000 bersamaan RM170 ribu. Ini gara-gara tindakan kurang ajar dari Farizal Marlias yang menolak pegawai perlawanan ketika menentang Ceres Negros dalam aksi separuh akhir kedua zon Asean Piala AFC 2017.

AFC Sah Gantung Farizal Marlias Selama 12 Bulan, Denda $USD40k, Turut Didenda Mora RM30k!

Penggantungan beliau selama 12 bulan termasuk seluruh Asia iaitu dalam semua perlawanan domestik, Eropah dan antarabangsa sama ada perlawanan persahabatan, tidak rasmi atau pun perlawanan rasmi. Penggantungan ini berkuatkuasa bermula 9 Jun 2017 sehingga 8 Jun 2018.

Selain itu, Benjamin Mora juga dikenakan denda sebanyak RM30,000 kerana melanggar Perkara 50.1 daripada Kod Tatatertib dari Etika AFC.

Sumber AFC

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.