Header Ads

Farizal Marlias Bakal Digantung Piala AFC dan Liga Malaysia!

Farizal Marlias Bakal Digantung Piala AFC dan Liga Malaysia! |Selepas tindakan kasar daripada Farizal Marlias, penjaga gol JDT ke atas pengadil perlawanan ketika menentang Ceres Negros dalam aksi separuh akhir zon Asean Piala AFC 2017. Farizal Marlias dijangka dikenakan hukuman yang cukup berat dari pihak AFC. Hal ini kerana insiden kad merah diterima Farizal selepas berang dan mengamuk terhadap pegawai perlawanan.

Farizal Marlias Bakal Digantung Piala AFC dan Liga Malaysia!

Farizal Marlias Bakal Digantung Piala AFC dan Liga Malaysia! 


Perkara lebih teruk adalah kerana Farizal telah menolak pegawai perlawanan ketika insiden panas tersebut. Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul, beliau masih menanti laporan penuh daripada pengadil perlawanan dan akan membawa kes ini ke jawatankuasa tatatertib AFC.

Seandainya Farizal dikenakan hukuman dari pihak AFC, bermakna beliau dilarang bermain untuk tempoh yang lama termasuk hukuman denda. Ini bermakna, beliau tidak akan dapat beraksi tahun hadapan dalam Piala AFC dan dijangka tidak dibenarkan beraksi di Liga Malaysia sepanjang tempoh hukuman dikenakan. Hal kerana organisasi bolasepak Malaysia di bawah AFC.

 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.