Header Ads

JDT Bida Natxo Insa Pemain Kelab Levante Dengan Tawaran RM1.9 Juta!

JDT Bida Natxo Insa Pemain Kelab Levante Dengan Tawaran RM1.9 Juta!|Jika sebelum ini Tunku Mahkota Johor, pernah menyuara pandangannya untuk mendapatkan pemain tengah dari Sepanyol nampaknya semakin mendapat liputan luas di media Eropah. Siapakah pemain Sepanyol tersebut? Natxo Insa adalah bekas pemain Valencia dan juga abang kepada pemain Pahang, Kiko Insa yang mendapat tawaran untuk menyertai kelab dari Malaysia, Johor Darul Tazim.

JDT Bida Natxo Insa Pemain Kelab Levante Dengan Tawaran RM1.9 Juta!

JDT Bida Natxo Insa Pemain Kelab Levante Dengan Tawaran RM1.9 Juta!


Sumber dari Sepanyol menyebut JDT membuat tawaran sebanyak 400 ribu euro (RM1.9 juta) untuk dapatkan Natxo Insa yang ketika ini bermain dengan kelab Levante UD di Liga Segunda divisyen 2 liga Sepanyol. Dimana, pasukan itu telah menjuarai Liga Segunda dan bakal beraksi dalam La Liga musim hadapan.

JDT Bida Natxo Insa Pemain Kelab Levante Dengan Tawaran RM1.9 Juta!

JDT Bida Natxo Insa Pemain Kelab Levante Dengan Tawaran RM1.9 Juta!

Natxo Insa juga merupakan tonggak utama pasukan Levante dan banyak membantu pasukannya menjuarai liga tersebut. Selain itu, seorang yang mengaku dirinya agen dari agensi milik Scott Ollenrenshaw cuba mendapatkan alamat email dan nombor Natxo Insa dari Instagram Kiko Insa.

JDT Bida Natxo Insa Pemain Kelab Levante Dengan Tawaran RM1.9 Juta!

Adakah perpindahan pemain ini akan jadi realiti?

Difahamkan Natxo Insa masih mempunyai baki kontrak selama setahun dengan kelab itu . Pengurusan kelab Levante pun belum memberi kata putus sama ada mahu melepaskan Natxo Insa atau terus dikekalkan musim hadapan.

Jika benar Natxo Insa akan berhijrah ke JDT, bermakna Benjamin Mora pengendali JDT masa kini dapat menguatkan bahagian tengah yang agak goyah musim ini. Admin Celotehsukan berharap persetujuan ini mendapat kebaikan bersama.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.