Header Ads

Fox Sport Cadang Nama Akhyar Rashid Layak Beraksi Di J.League, Selepas Chanathip Songkrasin!

Fox Sport Cadang Nama Akhyar Rashid Layak Beraksi Di J.League, Selepas Chanathip Songkrasin!|Jika sebelum ini pemain muda Thailand, Chanathip Songkrasin yang telah diberi peluang untuk beraksi di Liga Jepun yang lebih dikenali sebagai J-League. Namun kini ada ura-ura yang dicadangkan oleh Fox Sports Asia tentang beberapa pemain yang layak beraksi di liga terbaik Asia itu.

Fox Sport Cadang Nama Akhyar Rashid Layak Beraksi Di J.League, Selepas Chanathip Songkrasin!

Hal ini berikutan prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh lima pemain berbakat dari Asia Tenggara yang perlu diambil perhatian oleh pasukan-pasukan J-League. Mereka menunjukkan aksi yang begitu memberangsangkan dalam Kelayakan Kejohanan B-23 AFC 2018 baru-baru ini.

Lima pemain yang dicadangkan adalah Tristan Do (Muangthong/Thailand), Rufino (AS Academica/Timor Leste), Chrerng Polroth (NDM/Kemboja), Nguyen Cong Phuong (HAGL/Vietnam) termasuklah pemain muda Kedah dari Malaysia iaitu Muhammad Akhyar Abd Rashid.

Nama beliau dicadangkan oleh pihak stesen tv itu selepas aksi menyerlah beliau dipamerkan ketika menentang Thailand yang rata-rata penyokong Thailand memuji kualiti kawalan bola.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.