Header Ads

Skuad Malaysia Bangkit Semula Baham Singa Muda, Dendam 18 Tahun Terlerai!

Skuad Malaysia Bangkit Semula Baham Singa Muda, Dendam 18 Tahun Terlerai!|Dendam 18 tahun terlerai akhirnya apabila skuad Malaysia berjaya menewaskan pasukan Singapura dalam aksi peringkat kumpulan bolasepak Sukan SEA 2017. Skuad di bawah kendalian Ong Kim Swee berjaya bangkit semula apabila ketinggalan 1 gol setelah Muhammad Amiruldin melakukan percubaan gol dari luar kotak penalti.

Skuad Malaysia Bangkit Semula Baham Singa Muda, Dendam 18 Tahun Terlerai!

Ternyata percaturan yang serba tak menjadi antara Mohamamad Syamer Kutty Abba dan Muhammad Amirul Hisyam Awang Kechik telah ditukarkan dengan Muhammad Nur Azam Abdul Azih dan Thanabalan pada masa kedua menjadi apabila kedua-dua pemain itu menghasilkan gol. Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.

Dalam rekod pertemuan temasya Sukan SEA 2017, ini merupakan pertemuan kali kelapan antara Malaysia dan Singapura dan kali terakhir kedua-dua pasukan bertembung, Malaysia tewas 1-2 di Brunei pada tahun 1999. Malaysia bakal berdepan Myanmar pada 21 Ogos ini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.