Header Ads

Sultan Johor Cabar Pasukan Polo Sukan SEA, Kalau Anak Jantan, Lawan Dengan Pasukan Johor!

Sultan Johor Cabar Pasukan Polo Sukan SEA, Kalau Anak Jantan, Lawan Dengan Pasukan Johor! |Menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers, Sultan Johor, Sultan Ibrahim mencabar skuad polo Sukan SEA menentang Kelab Polo Diraja Johor dalam usaha menghentikan spekulasi membabitkan sukan ini. Baginda membuat kenyataan "Kalau anak jantan, lawanlah dengan pasukan Johor."

Sultan Johor Cabar Pasukan Polo Sukan SEA, Kalau Anak Jantan, Lawan Dengan Pasukan Johor!

Menurut baginda, pasukan polo yang bertanding dalam temasya Sukan SEA 2017 hanyalah sekadar melengkapkan jadual perlawanan dan cukupkan syarat sahaja.

"Ada yang datang dengan handicap rendah, jadi memanglah mudah untuk dikalahkan."

"Saya cabar pasukan polo Sukan SEA supaya datang ke negeri Johor dan tunjukkan taring mereka yang saya dengar handal sangat."

Sultan Johor Cabar Pasukan Polo Sukan SEA, Kalau Anak Jantan, Lawan Dengan Pasukan Johor!

"Hari ini lawan Singapura. Bila pasukan sudah menang baru masuk bermain dan suruh budak yang sedang perform berpura-pura mengalami kecederaan. Jadi ada gambar beliau dapat masuk dalam pasukan untuk dipaparkan dalam media cetak dan melakukan propaganda menipu orang ramai seolah-olah dia yang menang dan handal. Kata Sultan Ibrahim."

"Saya menjemput Menteri Belia dan Sukan untuk datang dan tidak menghampakan kehendak rakyat untuk melihat pasukan anda mengalahkan pasukan Johor. Kalau jantan mari kita main dan tunjukkan taring masing-masing di Johor. Saya akan hantar dua anakanda saya dan dua orang penjaga kuda ataupun saya sekali kerana saya melihat diri saya masih handal lagi. Kalau pasukan saya kalah, saya akan akui bahawa pasukan Sukan SEA itu lebih baik dan semuanya handal-handal belaka." Tulis Baginda lagi.

Sultan Johor Cabar Pasukan Polo Sukan SEA, Kalau Anak Jantan, Lawan Dengan Pasukan Johor!
Kredit gambar : Johor Southern Tigers 

Sumber : Johor Southern Tigers



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.