Header Ads

Tan Cheng Hoe Tinggalkan Kedah Kerana KFA, Mungkin Ada Jembalang Tanah? - TMJ

Tan Cheng Hoe Tinggalkan Kedah Kerana KFA, Mungkin Ada Jembalang Tanah? - TMJ |Dalam sesi face off antara Tengku Mahkota Johor, TMJ bersama Shebby Singh yang disiarkan secara langsung di page Johor Southern Tigers, banyak persoalan yang dilontarkan kepada TMJ tentang beberapa isu antaranya mahu penjelasan dari TMJ tentang pengambilan Tan Cheng Hoe sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan.

Tan Cheng Hoe Tinggalkan Kedah Kerana KFA, Mungkin Ada Jembalang Tanah? - TMJ

Jika dilihat rata-rata penyokong Kedah kurang berpuas hati tentang pemergian jurulatih kesayangan mereka TCH ke pangkuan FAM. Seakan-akan langkah FAM itu atas kepentingan peribadi TMJ yang mahu melihat pesaing JDT jadi lemah. Selepas ketiadaan Tan Cheng Hoe prestasi skuad Kedah semakij merusut seolah-olah tidak ada nafsu untuk menang.

TMJ dengan nada santai menjawab persoalan itu ;

"Kenapa tak ada nafsu untuk menang"?

TMJ turut mempersoalkan adakah pasukan negeri atau kelab di Malaysia ini pernah memikirkan langkah untuk memastikan pemain dan jurulatih mahu kekal lama bersama mereka?

Mereka kadang kala tidak sedar corak pengurusan mereka membuatkan para pemain dan jurulatih rasa tidak terjamin berada di sana.

TMJ berkata ;
"Adakah pasukan tersebut sudah melakukan perkara yang mencukupi untuk membuatkan pemain atau jurulatih mereka mahu kekal di sana?"

"Ketika dalam proses memilih ketua jurulatih baru, saya mahu seorang anak tempatan menjadi pembantu kepada jurulatih asing".

"Ada beberapa nama dalam senarai kami. Dan saya akui saya sukakan TCH. Kami keluarkan pekeliling untuk mana-mana jurulatih tempatan datang kepada kami sekiranya berminat."

"Jadi Tan Cheng Hoe telah datang ke rumah saya. Dia sendiri yang mahu meninggalkan Kedah untuk bekerja dengan organisasi di bawah pimpinan saya."

Selain itu, TMJ juga menerangkan yang tiada isu umpan atau pancing dengan duit untuk menarik TCH ke pangkuan FAM. Tetapi, TMJ memberitahu Tan Cheng Hoe FAM hanya boleh menawarkan gaji yang sama sepertimana beliau bersama pasukan Kedah.

TMJ tidak pasti apa masalah Tan Cheng Hoe memutuskan untuk meninggalkan skuad Helang Merah sedangkan baik sahaja di pasukan itu. TMJ berseloroh meminta peminat bertanya sendiri dengan KFA. Mungkin ada jembalang tanah di dalam organisasi mereka.



 Kredit info : semuanyabola

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.