Header Ads

7 Pasukan Lulus Dapat Lesen Kelab Untuk Liga Super 2018

7 Pasukan Lulus Dapat Lesen Kelab Untuk Liga Super 2018|Sebanyak 7 dari 12 pasukan Liga Super 2017 telah lulus dalam permohonan mendapatkan lesen kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi membolehkan kelab-kelab tersebut beraksi pada Liga Super Malaysia 2018. Tujuh pasukan tersebut adalah Pahang, Johor Darul Takzim, Perak, Selangor, PKNS FC, Penang dan T-Team.

7 Pasukan Lulus Dapat Lesen Kelab Untuk Liga Super 2018
Kredit gambar : FAM 

Daripada 7 pasukan itu, hanya 4 pasukan sahaja iaitu JDT, Pahang, Selangor dan PKNS FC telah lulus dalam permohonan mendapatkan lesen kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC. Seterusnya, 4 kelab ini membolehkan mereka beraksi pada Liga Juara-juara Asia 2018 atau Piala AFC 2018 sekiranya layak.

Sementara lima pasukan dari Liga Super 2017 iaitu Kedah, Kelantan, Felda United, Melaka United dan Sarawak telah ditolak permohonan mereka kerana gagal menepati kriteria yang telah ditetapkan sekaligus tidak mendapat status kelab FAM & AFC. Untuk pengetahuan anda, sesebuah kelab diberikan lesen kelab, mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat berdasarkan 6 kriteria iaitu infrastruktur, kesukanan, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan.

Bagi pasukan yang gagal boleh mengemukakan rayuan untuk melayakkan mereka mendapat lesen kelab dari FAM. Terima kasih membaca artikel 7 Pasukan Lulus Dapat Lesen Kelab Untuk Liga Super 2018.

Kredit : FAM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.