Header Ads

Harimau Malaya Mudah Dijinakkan Pasukan Korea Utara Tewas 4-1, Peluang Tipis Ke Piala Asia 2019!

Harimau Malaya Mudah Dijinakkan Pasukan Korea Utara Tewas 4-1, Peluang Tipis Ke Piala Asia 2019! | Apa sudah terjadi buat pasukan Malaysia selepas dibelasah Korea Utara 4-1 pada aksi kelayakan Kumpulan B di Stadium I-Mobile, Thailand sebentar tadi. Sekaligus, skuad Harimau Malaya seakan sudah boleh melupakan impian mara ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di UAE.

Harimau Malaya Mudah Dijinakkan Pasukan Korea Utara Tewas 4-1, Peluang Tipis Ke Piala Asia 2019

Kekalahan itu menyaksikan Harimau Malaya kini hanya memiliki peluang yang sangat tipis 10% untuk melepasi pusingan kelayakan Piala Asia 2019 selepas hanya mengutip satu mata daripada empat perlawanan sebelum ini. Skuad Malaysia jauh ketinggalan mata dengan Lubnan dan Hong Kong. Berbaki dua aksi perlawanan lagi, skuad kendalian Nelo Vingada perlu menang semua perlawanan itu termasuk berdepan Korea Utara pada 13 November 2017 dan Lubnan pada 27 Mac tahun depan.

Namun, jika menang kedua-dua baki itu sekali pun, Harimau Malaya masih perlu mengharapkan Hong Kong dan Korea Utara tidak memenangi satu daripada dua perlawanan terakhir mereka. Pada aksi sebentar tadi, gawang Harimau Malaya bocor seawal minit ke-12 hasil sepakan penalti Pak Kwang Ryong selepas bola terkena tangan kapten, Fadhli Shas.

Pada aksi sebentar tadi, gawang Harimau Malaya bocor seawal minit ke-12 hasil sepakan penalti Pak Kwang Ryong selepas bola terkena tangan kapten, Fadhli Shas. Malang skuad Harimau Malaya berterusan apabila Kim Yu Song menanduk masuk bola sepakan percuma Jong Il Gwan pada minit ke-42 untuk meletakkan Korea Utara selesa mendahului 2-0.

Malah, hanya tiga minit bersambung babak kedua, gawang Harimau Malaya yang dikawal Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy bocor lagi dan kali ini hasil rembatan jarak dekat Kim Yong Il. Tidak cukup dengan itu, Korea Utara menambah derita Harimau Malaya selepas meledak gol keempat hasil sepakan percuma Jong Il Gwan pada minit ke-58.

Tindakan Vingada memasukkan Safawi Rasid pada 30 minit terakhir berjaya mengubah kedudukan selepas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu meledak gol tunggal Harimau Malaya pada minit ke-67.

Selamat maju jaya buat Harimau Malaya!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.