Header Ads

Ini Hadiah Mia Ahmad Kepada Izham Tarmizi Suaminya, JDT Menang Piala Malaysia 2017!

Ini Hadiah Mia Ahmad Kepada Izham Tarmizi Suaminya, JDT Menang Piala Malaysia 2017! | Tahniah buat pasukan Johor Darul Takzim selepas dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2017! Dek terpalit dengan kejayaan tak ketinggalan juga, pelakon Mia Ahmad tidak dapat menyembunyikan rasa gembira melihat wajah ceria suaminya, penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan sebaik sahaja pasukan itu menang Piala Malaysia 2017 malam tadi ke atas pasukan Kedah di Stadium Shah Alam.

Ini Hadiah Mia Ahmad Kepada Izham Tarmizi Suaminya, JDT Menang Piala Malaysia 2017!

Mia memeluk dan menghadiahkan ciuman di pipi Izham sebagai tanda sokongan kepada suaminya yang telah berjuang dalam Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia edisi ke-91, dimana pasukannya mencatat kemenangan 2-0 ke atas pasukan Helang Merah sekaligus merampas piala prestij itu dari pasukan Kedah yang memenangi tahun lalu.

Gelagat Mia yang dirakamkan menerusi satu video berdurasi pendek itu dikongsi semula oleh aktres tersebut di akaun Instagram (IG)nya berserta kapsyen “Alhamdulillah”. Manakala Izham pula kelihatan malu-malu namun tetap tersenyum bersama isteri kesayangannya.


Johor Darul Ta'zim (JDT) menamatkan kemarau 25 tahun selepas menjulang Piala Malaysia 2017 dengan menundukkan Kedah 2-0. Syabas JDT dan TMJ! 

Foto: Instagram @mia.ahm4d / @izhamtarmizi24

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.