Header Ads

Ini Punca Kedah Gagal Mendapat Slot Ke Piala AFC 2018!

Ini Punca Kedah Gagal Mendapat Slot Ke Piala AFC 2018! | Menjadi teka teki dan persoalan kenapa pasukan Kedah gagal mendapat tempat untuk kejohanan Piala AFC 2018? Adakah disebabkan kelewatan hantar surat dari pihak pengurusan Kedah atau FAM sendiri? Akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan kegagalan Kedah mendapatkan lesen AFC adalah disebabkan mereka tidak menghantar penyata kewangan beraudit. 

Ini Punca Kedah Gagal Mendapat Slot Ke Piala AFC 2018!

Untuk pengetahuan anda, penyata kewangan beraudit adalah antara kriteria wajib dan perlu mengikut tarikh akhir yang ditetapkan FAM. Namun begitu, pihak pengurusan Kedah lewat menghantar penyata kewangan beraudit mengikut tarikh yang dibenarkan oleh FAM. AFC juga jelas menyatakan bahawa tiada dokumen luar dari sistem CLAS yang boleh dipertimbangkan.

Walaupun pasukan Kedah gagal mendapatkan lesen AFC, mereka berjaya memperoleh lesen kebangsaan untuk beraksi pada Liga Super 2018. 

Semoga memberi pengajaran kepada pasukan yang lain untuk masa akan datang. Dijangka Pahang, Selangor atau Felda United akan mengisi kekosongan slot AFC yang ditinggalkan oleh Kedah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.