Header Ads

JDT Sumbang Wang Kemenangan Piala Malaysia Kepada Mangsa Banjir Pulau Pinang

JDT Sumbang Wang Kemenangan Piala Malaysia Kepada Mangsa Banjir Pulau Pinang | Juara Piala Malaysia 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menyerahkan wang kemenangan kejohanan berprestij itu kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

JDT Sumbang Wang Kemenangan Piala Malaysia Kepada Mangsa Banjir Pulau Pinang

Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim mengumumkan perkara tersebut menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Isnin.

“Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.

“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama. Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang.

“YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, di ruangan komen pengguna laman sosial memuji tindakan kelab bola sepak tersebut, termasuk rakyat Pulau Pinang sendiri.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.