Header Ads

Nelo Vingada Letak Jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya Termasuk Penolongnya & Jurulatih Kecergasan!

Nelo Vingada Letak Jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya Termasuk Penolongnya & Jurulatih Kecergasan | Jika sebelum ini perlawanan membabitkan Harimau Malaya tidak mendatangkan hasil apabila mencatat keputusan tanpa kemenangan di bawah kendalian Ketua Jurulatih Kebangsaan, Nelo Vingada. Nampak gayanya jodoh Nelo Vingada bersama skuad kebangsaan tidak panjang. Hari ini, beliau mengumumkan letak jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan serta merta.

Nelo Vingada Letak Jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya Termasuk Penolongnya & Jurulatih Kecergasan

Ini selepas mengadakan perbincangan antara Nelo Vingada dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dimana Nelo bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan. Menurut katanya ;

Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri turut telah menerima keputusan yang saya buat ini.

Saya ingin memaklumkan juga bahawa dua pembantu yang saya bawa bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da  Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.

Akhir kata pada kesempatan ini, saya berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat ini.

Sumber : Fam

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.