Header Ads

TMJ Umum Letak Jawatan Presiden FAM

TMJ Umum Letak Jawatan Presiden FAM |Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pengumuman mengejutkan itu dibuat di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Khamis malam.

TMJ Umum Letak Jawatan Presiden FAM

Berdasarkan postingnya yang bertajuk ‘Sejarah Tercipta, Sudah Tiba Masanya’ itu, peletakan jawatannya dibuat susulan kedudukan skuad kebangsaan yang jatuh tiga anak tangga dan beliau menganggapnya sebagai satu kegagalan besar.

"Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan telah jatuh tiga anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar!

"Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan. Terima kasih untuk segala galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bola sepak Malaysia. Selamat maju jaya," tulisnya pada posting tersebut.

Beliau turut mendedikasikan ucapan kepada seluruh penyokong bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan isteri serta anaknya dengan menulis: "Daddy's home!"

Menurut TMJ sepanjang memegang jawatan tersebut beliau telah memperbetulkan struktur bola sepak tanah air, menarik para penaja untuk menyumbang dana kepada bola sepak negara dan menyediakan pelan jangka panjang seperti melakukan kerjasama bersama La Liga.

Tambahnya lagi, skuad Bawah 23 (B23), B19 dan B16 telah berjaya melakar sejarah buat pertama kali apabila berjaya mewakili negara dalam pertandingan peringkat tertinggi di Asia.

Kredit : FAM, JST 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.