Header Ads

Gaji pemain muda MU, Rashford akan naik 15 kali ganda

marcus
PEMAIN muda Marcus Rashford kini menjadi aset berharga untuk Manchester United.

Ini kerana, pemain yang baru berusia 18 tahun itu telah berjaya memikat hati para penyokong-penyokong United dengan penampilannya yang mengagumkan.

Terkini, Rashford menjadi penentu kemenangan United dalam perlawanan menentang Manchester City, minggu lalu. Malah, namanya juga tercatat sebagai penyumbang gol termuda dalam perlawanan melibatkan United.

Rashford sudah berjaya menyumbat masuk lima gol dari lapan penampilannya bersama United.

Disebabkan persembahannya yang memberangsangkan, Express melaporkan bahawa United akan segera memberikan kontrak baharu kepadanya untuk terus kekal di Old Trafford.

Khabarnya, United bersedia memberikan kenaikan gaji sehingga 15 kali ganda, dengan jumlah £15,000

Angka tersebut sememangnya tinggi untuk seorang pemain muda, tetapi masih tidak mampu menyaingi pemain United yang lain.

Sehingga kini, gaji tertinggi masih dipegang Wayne Rooney dengan pendapatan sebesar £250,000 seminggu diikuti Bastian Schweinsteiger dengan £140,000.-MS.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.