Header Ads

RedOne dan Al Hamra Penaja Utama Pasukan Kelantan 2017

RedOne dan Al Hamra Penaja Utama Pasukan Kelantan 2017 |Adakah pasukan Kelantan masih menyertai Liga Super Malaysia 2017? Akhirnya, teka-teki isu penarikan diri pasukan Kelantan dari kancah liga Malaysia selesai selepas skuad itu mendapat tajaan dari penaja utama iaitu Al Hamra dan RedOne.

RedOne dan Al Hamra Penaja Utama Pasukan Kelantan 2017

Sebelum ini isu pasukan Kelantan tidak mendapat tajaan besar menjadi punca pasukan itu mahu tarik diri dari Liga Malaysia dek masa itu hanya ada dana sebanyak RM800,000. Pasukan The Red Warriors memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta jika mahu meneruskan dalam liga tersebut.

Dengan keadaan huru hara dan kurang stabil dalam pengurusan, menyebabkan ramai pemain tempatan yang berpindah ke pasukan lain kerana rasa peluang mereka bermain di Kelantan terkubur dek kerana isu kewangan dana. Antara pemain yang telah berpindah antaranya Wan Zack Haikal, Wan Zaharulnizam, dan ramai lagi.

Baca juga : Senarai Perpindahan Pemain Pasukan Kelantan 2017

Rakyat kelantan sebenarnya perlu berterima kasih kepada Tan Sri Anuar Musa kerana menjadi penyelamat pasukan itu, di mana beliau yang mencari dana untuk mendapat tajaan dari penaja utama. Kalau korang masih ingat, tahun lepas Datuk Seri Vida adalah penyelamat pasukan Gomo Kelate Gomo tersebut.

Dengan tajaan utama daripada Al Hamra dan RedOne, skuad Kelantan telah mendapat penaja yang menggantikan Vida Beauty Sdn Bhd. Untuk pengetahuan anda, RedONE adalah syarikat telekomunikasi manakala Al Hamra Group merupakan syarikat berasaskan pertanian dan perladangan.

Masihkah mampu Kelantan untuk merebut takhta pasukan JDT?

Diharapkan dengan bantuan dana ini, menyemarakkan semangat pemain pasukan Kelantan untuk memberi saingan kepada pasukan yang lain dalam Liga Malaysia 2017. Semoga informasi ini memberi pengetahuan kepada anda semua.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.