Header Ads

FAM Jelaskan Isu Pemain 'Kuda Tua' & Pemain Bersara, Pilihan Dari Tan Cheng Hoe!

FAM Jelaskan Isu Pemain 'Kuda Tua' & Pemain Bersara, Pilihan Dari Tan Cheng Hoe!|Selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan 26 pemain yang dipanggil untuk menjalani kem latihan pusat skuad kebangsaan pada 24 Mei lalu. Kritikan demi kritikan dilemparkan oleh peminat bolasepak Malaysia yang melemparkan tuduhan tentang pemilihan pemain skuad Harimau Malaya.

Hamidin Jelaskan Isu Pemain 'Kuda Tua' & Pemain Bersara, Pilihan Dari Tan Cheng Hoe!
Dato Hamidin Setiausaha FAM 

Ada sesetengah yang mendakwa pemilihan pemain-pemain tersebut diadili oleh pihak berkepentingan dalam FAM. Oleh itu, Setiausaha Agung FAM Dato Hamidin tampil menjelaskan dan membidas beberapa isu yang dilemparkan oleh media.

Pertamanya ingin menjelaskan, senarai yang dicadangkan bukanlah ditentukan oleh pengurusan FAM sebaliknya penolong jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe memandangkan Nelo Vingada baru tiba di Malaysia pada 23 Mei 2017. Sudah tentu ketua jurulatih baru skuad Harimau Malayu itu tidak sempat menilai sendiri prestasi pemain dalam saingan Liga Malaysia.

Kedua, berdasarkan 26 pemain tersebut hanya sembilan pemain yang telah berusia 30 dan ke atas yang dilabel sesetengah pihak sebagai 'kuda tua'. Manakala selebihnya 17 pemain lain adalah berusia di bawah 30 tahun iaitu tujuh pemain dalam lingkungan usia 22 hingga 25 tahun dan 10 pemain dalam lingkungan usia 26 hingga 29 tahun.

Selain itu Hamidin turut menjelaskan isu persaraan pemain yang u-turn semula ke skuad kebangsaan. Hal ini berhubung isu empat pemain iaitu Aidil Zafuan, Safiq Rahim, S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal yang kembali atas kehendak mereka sendiri dan mungkin mereka bersedia serta yakin terhadap kepimpinan yang diterajui oleh Tunku Mahkota Johor.

Ayuh kita terus memberi sokongan untuk skuad bolasepak Malaysia dalam persiapan menjelang aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin pada 13 Jun 2017.

Kredit info : FAM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.