Header Ads

Annuar Musa Bidas Tindakan FMLLP, Larang Kemasukan L'Imam Seydi!

Annuar Musa Bidas Tindakan FMLLP, Larang Kemasukan L'Imam Seydi|Jika dilihat isu yang membabitkan dalam pasukan Kelantan kian panas walaupun ketika Ramadhan. Dimana semalam pihak FMLLP memberi respon terhadap pasukan Kelantan di mana melarang untuk mengambil pemain baharu selepas kemasukan Abou Bakhr El-Mel.

Annuar Musa Bidas Tindakan FMLLP, Larangan Kemasukan L'Imam Seydi

Susulan itu, Tan Sri Annuar Musa pula membuat kenyataan dengan membidas tindakan yang diambil oleh FMLLP. Dalam kenyataan beliau di Facebook, Annuar mempersoalkan tindakan FMLLP yang seolah tidak menyekma status KAFA.

Annuar turut menjelaskan wang yang digunakan oleh pihak KAFA hasil dari penjualan Mohammed Ghaddar kepada JDT untuk perpindahan kedua Liga Super 2017 tidaklah digunakan untuk membeli pemain baru iaitu L'Imam Seydi.

Tahukah kesemua duit hasil jualan itu untuk melunaskan semua gaji tertunggak pemain dan juga pengganti Ghaddar. Tidak termasuk sekali untuk pembelian L'Imam Seydi. Annuar menjelaskan pengambilan L'Imam adalah kapasiti untuk mengantikan Alesandrro Celin yang cedera. Maknanya tiada kos tambahan berlaku yang menjadi isu sekarang.

Adakah tindakan FMLLP ini mahu meranapkan pasukan Kelantan?

Admin Celotehsukan harapkan KAFA dapat menyegerakan bayaran gaji tertunggak terhadap pemain import dan tempatan. Semoga isu ini tidak berpanjangan lagi. Mungkin selepas ini FMLLP akan berdiam.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.