Header Ads

TMJ Dedahkan Senarai Pemain Muda B22 Bakal Sertai Johor Darul Takzim

TMJ Dedahkan Senarai Pemain Muda B22 Bakal Sertai Johor Darul Takzim | Setelah pasukan Johor Darul Takzim berjaya meraih kejuaraan Liga Super buat kali ke-4 berturut-turut, pasukan Southern Tigers itu sudah mula merancang untuk memberi saingan musim depan yang agak lebih memcabar. Kali ini, perancangan mereka melibatkan lima pemain muda terbaik di tanah air susulan kejayaan pemain B22 negara mempamerkan aksi yang mengagumkan di pentas Sukan SEA 2017.

TMJ Dedahkan Senarai Pemain Muda B22 Bakal Sertai Johor Darul Takzim

Pemilik Johor DT, Tunku Mahkota Johor, TMJ telah mendedahkan senarai lima pemain tempatan yang menjadi sasaran Johor Darul Ta’azim bagi musim Liga Super Malaysia 2018. Menurut laporan eksklusif FourFourTwo Malaysia, TMJ berkata: “Kami mahu membawa masuk banyak pemain muda. Setakat ini, kami mahu menandatangani Adib Zainuddin… mungkin Syamer Kutty, S. Kumaahran, Adam Nor Azlin dan juga Syafiq Ahmad.

“Mungkin saya tidak akan membawa mereka ke sini dengan segera. Saya telah memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan bermain dalam 30 perlawanan musim depan. “Tapi, pemain senior kita tidak akan berada di JDT selamanya dan pemain muda ini adalah masa depan kita.

Sudah tentu mereka akan diberi peluang. Orang kata saya merosakkan para pemain tapi saya berjanji kita akan mendidik dan menjadikan mereka pemain yang lebih bagus.

“Cuba lihat Marco Asensio di Real Madrid. Dia dipinjamkan ke kelab lain beberapa kali dan hari ini, dia sudah menjadi pemain yang cukup penting untuk Madrid. Pemain baru kita akan diberi pilihan untuk dipinjamkan ke kelab lain juga,” tambah TMJ.

Kredit : footballtribe , fourfourtwo

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.