Header Ads

Al-Ikhsan Setuju Taja Jersi Pasukan Kelantan Musim 2018

Al-Ikhsan Setuju Taja Jersi Pasukan Kelantan Musim 2018 | Selepas pengumuman pemain skuad Kelantan untuk Liga Super musim 2018 pada petang tadi. Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bakal menerima tajaan jersi daripada syarikat Al-Ikhsan untuk skuad Liga Super, Piala Presiden, Piala Belia dan pasukan bola sepak wanita bagi musim 2018.

Al-Ikhsan Setuju Taja Jersi Pasukan Kelantan Musim 2018
Kredit gambar : BH Online 

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, Al-Ikhsan bersetuju menaja jersi untuk semua kategori pertandingan bola sepak yang disertai KAFA musim depan. "Jersi sudah ada penaja, cuma kita bakal menentukan kedudukan penaja di bahagian depan dan belakang jersi pada 14 November ini.

"Beberapa syarikat dan individu tertentu juga berminat untuk menaja pasukan Kelantan namun saya enggan mendedahkan nama syarikat berkenaan sebelum menandatangani sebarang kontrak perjanjian," katanya di Wisma KAFA, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai peruntukan kewangan yang diperlukan KAFA untuk mengurus pasukan musim depan, Bibi berkata, sejumlah RM12 juta diperlukan untuk tujuan itu, namun pihaknya lebih mengutamakan kualiti pemain dengan nilaian perbelanjaan yang tidak tinggi.

Tiga buah syarikat multinasional berkenaan sudah memberi 'lampu hijau' untuk mengembangkan tajaan bola sepak kepada pasukan The Red Warrriors (TRW) sekali gus memastikan kewangan pasukan stabil sepanjang musim 2018.

Kredit : BH Online 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.