Header Ads

Ghaddar Bakal Ke Melaka United, Siapakah Pemain Import Baharu JDT?

Ghaddar Bakal Ke Melaka United, Siapakah Pemain Import Baharu JDT? | Teka-teki mengenai masa depan tonggak import Melaka United akhirnya terjawab apabila pihak pengurusan Melaka United mengumumkan bahawa tidak akan menyambung kontrak untuk tiga pemain import mereka sedia ada. Sebaliknya, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United memberitahu, kontrak Marco Simic, Jasmin Mecinovic dan Felipe Almeida de Souza tidak disambung sementara tonggak import dari Korea Selatan, Jeon Woo- Young dikekalkan untuk musim depan.

Ghaddar Bakal Ke Melaka United, Siapakah Pemain Import Baharu JDT?

Walaupun prestasi Simic di Melaka United agak mengagumkan tetapi beliau tetap digugurkan. Simic yang konsisten sepanjang tempoh enam bulan bersama Melaka United dengan menjaringkan 12 gol dalam 15 perlawanan tetap diketepikan dan tempatnya bakal diisi oleh penyerang import dari Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammed Ghaddar.

Ghaddar yang baharu menyertai JDT pertengahan musim lalu dengan perpindahan hampir 2 juta dikatakan merupakan sasaran utama Melaka United selepas penyerang berasal dari Lubnan itu meledak lima gol dalam sembilan penampilan bersama juara Liga Super tersebut.

Persoalannya, mampukah pengurusan Melaka United menawarkan gaji Ghaddar yang tinggi sekitar RM170,000 hingga RM200,000 yang bakal memberikan masalah kepada pasukan kelab itu.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.