Header Ads

Dong-Hyun Sah Import Pertama Sertai The Red Warriors

Dong-Hyun Sah Import Pertama Sertai The Red Warriors | Selepas S Veenod, pemain Korea Selatan Do Dong-hyun menjadi pemain kedua menyarung jersi skuad The Red Warriors (TRW) musim depan.

Dong-Hyun Sah Import Pertama Sertai The Red Warriors

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, Dong-hyun yang juga bekas pemain UiTM FC menandatangani kontrak selama dua tahun bersama TRW.

Bibi berkata kehadiran pemain berusia 23 tahun itu diharap dapat membantu memantapkan barisan tengah Kelantan pada aksi Liga Malaysia musim depan.

Malah katanya, keupayaan Dong-hyun untuk beraksi di posisi sayap dan serangan berjaya memukau panel kejurulatihan yang ditugaskan Kafa untuk melakukan pemilihan pemain bagi pasukan Kelantan.

Pemain itu pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Bawah 20 tahun (B-20) Korea Selatan pada 2011 dan kelab bola sepak India, East Bengal bermula musim 2015-2016.

Kredit - mstar 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.