Header Ads

Luciano Figueroa, Pereyra Diaz Sah Sertai JDT Musim 2018, Selamat Tinggal Cabrera & Guerra!

Luciano Figueroa, Pereyra Diaz Sah Sertai JDT Musim 2018, Selamat Tinggal Cabrera & Guerra! Semakin panas dalam perpindahan pemain musim 2018, dimana hari demi hari kelab pasukan Johor Darul Takzim mengumumkan pemain baharu mereka yang bakal beraksi di Liga Super 2018. Jika sebelum ini dua pemain muda iaitu Adam Nor Azlin dan Syamer Kutty Abba telah mengesahkan akan menyertai bersama JDT.

Luciano Figueroa, Pereyra Diaz Sah Sertai JDT Musim 2018, Selamat Tinggal Cabrera & Guerra!

Khabar baik buat peminat pasukan Harimau Selatan, dimana pemain legend mereka iaitu Luciano Figueroa telah mengambil keputusan untuk kembali bermain bolasepak bersama JDT. Jika sebelum ini beliau telah mengumumkan persaraannya, namun kerinduan beliau untuk beraksi dengan pasukan JDT tidak dapat dinafikan.

Hari ini, menerusi page rasmi Johor Southern Tigers telah mengumumkan kembali bekas bintang sensasi JDT, Jorge Fereyra Diaz yang telah menyertai kelab itu semula dari kelab Linus. Rata-rata penyokong JDT telah memberi khabar gembira dan positif kepulangan pemain itu.

Dalam masa yang sama, JDT mengucapkan selamat tinggal kepada Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera yang akan meninggalkan pasukan ini untuk musim hadapan. Memang tak dinafikan kedua-dua pemain import ini adalah antara penyumbang terbesar dalam kejuaraan Liga Super 2017.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.