Header Ads

Ramon Marcote Hampir Sah Ke Skuad Helang Merah, Mario Gomez Bukan Pilihan!

Ramon Marcote Hampir Sah Ke Skuad Helang Merah, Mario Gomez Bukan Pilihan!| Jika sebelum ini ura-ura nak masukkan bekas pengendali Johor Darul Takzim iaitu Mario Gomez ke pasukan Kedah. Namun, bekas jurulatih Kedah, Ramon Marcote kini menjadi calon pilihan utama untuk membimbing semula skuad Helang Merah selepas Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasrat membawa masuk Mario Gomez.

Ramon Marcote Hampir Sah Ke Skuad Helang Merah, Mario Gomez Bukan Pilihan!

“Saya tidak akan membimbing Kedah, mereka sudah memilih jurulatih lain. Mereka sudah menghubungi saya dan memaklumkan keputusan itu,” katanya ketika dihubungi di Argentina. Gomez, 60, sebelum Ini mendapat perhatian KFA atas pencapaiannya bersama JDT selama dua tahun, dengan merangkul Piala AFC 2015, Liga Super 2015, 2016 dan Piala FA 2016.

Tambahan pula, seorang lagi calon, Marcote memiliki kelebihan tersendiri apabila mendapat sokongan pihak penaja dan amat disenangi penyokong Helang Merah. Ketika itu, Marcote berjaya membimbing Kedah ke saingan final Piala Malaysia 2015, namun tewas 0-2 kepada Selangor.

Ramon Marcote Hampir Sah Ke Skuad Helang Merah, Mario Gomez Bukan Pilihan!

Bagaimanapun selain jurulatih kelahiran Sepanyol itu, KFA juga dikhabarkan mempunyai seorang lagi calon dari Brazil yang sehingga kini belum didedahkan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.