Header Ads

Ini Sebabnya Pahang Menolak Beraksi Di Piala AFC 2018!

Ini Sebabnya Pahang Menolak Beraksi Di Piala AFC 2018! | Satu lagi slot ke Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 masih lagi menjadi teka-teki selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menolak tawaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan Kedah pada kejohanan tersebut.

Ini Sebabnya Pahang Menolak Beraksi Di Piala AFC 2018!

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PBNP di laman Facebooknya pada Selasa, tawaran itu ditolak kerana mereka mahu memberikan sepenuh perhatian kepada Liga Malaysia musim depan.

Ini Sebabnya Pahang Menolak Beraksi Di Piala AFC 2018!

Pahang antara empat pasukan selain JDT, Selangor dan PKNS FC yang lulus dalam permohonan mendapatkan lesen AFC bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Juara-Juara Asia 2018 atau Piala AFC 2018, jika layak.

Pada aksi Liga Super musim lalu, Pahang menduduki tangga kedua, ketinggalan sembilan mata di belakang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Berdasarkan rekod hanya tinggal pasukan Selangor yang mempunyai lesen AFC selain JDT, Pahang dan PKNS FC.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.