Header Ads

TSAM Sifatkan Kuota 5 Pemain Import Beri Kelebihan Kepada Pasukan Kaya Saja!

TSAM Sifatkan Kuota 5 Pemain Import Beri Kelebihan Kepada Pasukan Kaya Saja! |Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kuota lima pemain import bagi setiap pasukan Liga Super musim depan menjejaskan keseimbangan pasukan yang bersaing.

TSAM Sifatkan Kuota 5 Import Beri Kelebihan Kepada Pasukan Kaya Saja!

Annuar berpendapat dasar Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) itu hanya akan memberi kelebihan kepada pasukan yang tidak mempunyai masalah kewangan namun sebaliknya memberi tekanan kepada pasukan yang berbelanja kecil musim depan.

Katanya, penambahan itu ia bakal memperlihatkan hanya lima pemain tempatan yang beraksi dalam sesuatu perlawanan selebihnya pasukan akan mengharapkan khidmat awang ímport.

"Ini bermakna daripada 10 pemain berlari atas padang, hanya lima pemain tempatan beraksi. Tiga daripadanya kemungkinan pemain posisi pertahanan dan yang lain terutama penyerang akan didominasi pemain import," katanya menerusi entri terbaharu di Facebooknya, semalam.

Pada masa sama, Annuar mendakwa dasar yang dilaksanakan bagi menentukan corak pertandingan liga bola sepak negara dilihat hanya didominasi FMLLP.

"Saya tidak pasti apakah dasar baharu ini sudah dilulus Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta dipersetujui badan gabungan (Persatuan Bolasepak Negeri) atau FMLLP begitu berkuasa melaksanakan segalanya.

"Saya tidak fikir ini baik untuk masa depan bola sepak Malaysia. Ruang semakin sempit untuk pemain tempatan, kos mengendali pasukan Liga Super menjadi semakin tinggi dan jurang antara pasukan kaya dan miskin menjadi luas. FFP semakin jauh dari Liga Super nampaknya," katanya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.