Header Ads

Pihak AFC Telah Dedahkan Kenapa Kedah Tidak Layak Ke Piala AFC 2018

Pihak AFC Telah Dedahkan Kenapa Kedah Tidak Layak Ke Piala AFC 2018 | Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hanya memantau dan kata putus siapa yang mewakili negara untuk beraksi dalam Piala AFC ditentukan oleh badan pentadbir Liga Malaysia, FMLLP. Demikian penjelasan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, selepas FMLLP menggantikan Kedah dengan Pahang selaku wakil kedua negara dalam kejohanan itu musim depan.

Pihak AFC Telah Dedahkan Kenapa Kedah Tidak Layak Ke Piala AFC 2018
Kredit gambar : kedahfa.my 

Menurutnya, dalam segala syarat pelesenan kelab, FMLLP mengikut garis panduan AFC tetapi ia bukan bidang kuasa badan bola sepak Asia itu untuk menentukan wakil Malaysia ke saingan tersebut. Tambah Windsor, ia juga adalah dalam bidang kuasa FMLLP memutuskan Kedah lulus syarat pelesenan kelab untuk Liga Super tetapi tidak menamakan skuad Lang Merah sebagai wakil negara dalam Piala AFC.

Fikir lah sendiri salah siapa?

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.