Header Ads

PKNP FC, Negeri Sembilan Naik Takhta Ke Liga Super 2018, Felda United & T-Team Pula Turun Divisyen!

PKNP FC, Negeri Sembilan Naik Takhta Ke Liga Super 2018, Felda United & T-Team Pula Turun Divisyen! | Teka teki mana satu pasukan yang akan mengisi slot Liga Super 2018 telah terjawab dimana pasukan PKNP FC dan Negeri Sembilan layak beraksi di Liga Super musim depan. Manakala, pasukan Felda United pula turun ke Liga Perdana musim 2018.

PKNP FC, Negeri Sembilan Naik Takhta Ke Liga Super 2018, Felda United & T-Team Pula Turun Divisyen!

Pengesahan ini dimaklumkan sendiri oleh Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang mengesahkan bahawa Felda United diturunkan takhta liga kerana gagal mendapatkan lesen kelab daripada Persatuan Bolasepak MaMalaysia (FAM).

Selain itu, FMLLP turut mengesahkan T-Team yang kini dikenali sebagai Terengganu II akan diturunkan ke Liga Perdana selepas permohonan pihak pengurusan Terengganu untuk menjadikan pasukan T-Team sebagai feeder club diluluskan.

Ini menjadikan pasukan Negeri Sembilan dan PKNP FC mendapatkan secara merit ke Liga Super 2018 serta merta. Tahniah kepada kedua-dua pasukan ini layak ke Liga Super musim 2018.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.